Jumat, 11 Februari 2022

Macam Mana Nak Tulis Artikel Yang Buat Orang Baca?

Daftar Isi [Tutup]
    Macam Mana Nak Tulis Artikel Yang Buat Orang Baca?

    Ok. Apa yang saya nak kongsikan ni?

    Tak lain tak bukan, cara untuk pastikan artikel kita kekal menarik/relevan untuk pelawat baca terus sampai habis.

    Saya tahu, ramai yang kadang kadang takut nak tulis panjang lebar. Khuatir kan orang tak baca ya.

    Untuk saya sendiri. Bukan lah confirm orang lain akan baca, tapi USAHA kan saja. Teori logiknya masuk dek akal juga.

    Dan di bawah, adalah antara tindakan yang saya buat untuk artikel saya, kekal relevan.

    1. Jangan tulis ayat yang panjang panjang.

    Artikel panjang boleh tahan lagi, tapi ayat yang panjang panjang memang masalah. Anda fikir sendiri, bila anda baca. Agak agak suka tak baca ayat yang titik nya ntah ke mana? Rasa macam nafas yang ditarik tapi tak dilepas lepas kan. Serupa juga dengan penulisan. Ayat ayat pendek, bukan sahaja membuatkan pembaca lebih mudah baca. Malah lebih senang untuk focus dan hadam.

    2. Write the way you talk.

    Wife saya, pernah tergelak bila baca cara saya tulis artikel. Dia cakap,
    Abang tulis artikel macam tengah bersembang dengan orang.

    Memang kena macam tu pun. Ini bukan kertas karangan UPSR. Oh ya, dengan penulisan conversational tone macam ni, ia juga akan buatkan orang lebih mudah untuk tinggalkan comment. [so, sila tinggalkan komen, sebelum saya rasa malu]

    3. Jangan LUPA subheading [ ini yang paling penting ]

    Subheading sangat penting. Kalau anda perhatikan setiap artikel di blog saya. Mesti ada SubHeading.

    Apa dia subheading ni? Subheading adalah seperti tajuk kecil kepada tajuk besar artikel saya.

    Seperti contoh artikel yang sekarang ini.

    Tajuk BESAR? Macam mana nak tulis artikel yang buat orang baca?

    Tajuk KECIL? Yang point by point ini lah. Sekarang kita berada di no 3 kan? “Jangan Lupa SubHeading”.

    Ini lah subheading yang saya maksud kan. Seperti pecahan kecil maklumat dalam artikel yang kita nak sampaikan.

    Bayangkan dalam satu artikel, ada satu perenggan. Dan ada satu tajuk sahaja mewakili perkataan artikel yang cecah samapai 2000? Tak ke bosan?

    Perasan juga tak, tak yah cari orang lain. Tanya diri sendiri tu. Anda pun, kalau baca artikel, tak berapa nak rajin kan baca semua satu persatu. Sebaliknya akan skip terus satu perenggan atau cari perkataan yang mana mata anda nak tangkap.

    Bukan scanner sahaja boleh scan, mata pun suka juga nak scan scan

    Ibarat macam satu kajian orang putih saya terbaca dulu lah. Orang yang baca artikel ni, sebenarnya bukan rajin sangat nak baca baca. TAPI SCAN.

    Scan mana satu ayat atau perkataan yang dia lebih berminat nak tahu.

    Dan dengan subheading. Sudah pasti mata anda lebih tertumpu pada subheading sahaja. Berbanding denga perkataan lain. Dan katakan saya berjaya untuk buatkan anda dapat faham roughly akan isi kandungan yang saya nak bawa, sudah pasti akan ada rasa lebih berminat untuk baca. InsyaAllah.

    Subheading juga, membantu ranking SEO. Jadi, jangan lupa apply h1, h2, h3 tag yang saya ada mentioned sebelum ini.

    4. Storytelling?

    Antara dua artikel di bawah, mana satu artikel yang lebih selesa anda nak dengar dan baca?

    Contoh 1

    Untuk mendaftar akaun maybank, anda harus lah terus ke kaunter pertanyaan. Ambil form untuk pendaftaran. Selepas tu, boleh isi form dan datang semula ke kaunter untuk ambil nombor.

    OK..stop… Sekarang kita tengok contoh 2

    Contoh 2

    Pagi tu, aq blur juga. Macam mana lah nak daftar akaun simpanan Maybank ni. Tapi tak pe lah. Aq redah kan aja. So sampai lah ke kaunter. Dekat kaunter tu, macam biasa. Terus tanya si akak tu, minta dia bagi tahu cara buat permohonan akaun baru.

    Mula mula, kak tu macam tak layan juga. Mungkin bz kot. Tak pe lah, aq tunggu sekejap lagi. Nanti kalau failed dengan kak ni aq nak tanya yang lagi sorang tu pula.

    Stop cerita 2.

    Hasil daripada 2 contoh ni? mana satu yang lebih selesa di dengar dan buatkan anda lebih mudah untuk tangkap? Sudah pasti contoh 2 kan? Harap betul lah ya.

    Sebab? Contoh 2 ia lebih bersifat penceritataan yang selalunya dari pengalaman. Bila kita tulis, dan kita kongsikan pengalaman yang telah berlaku pada kita. Ia memang buatkan orang lain rasa teruja nak tahu. ya lah, sapa lah yang tak suka kalau tok kadok bercerita kan?

    Serupa juga dalam artikel. Masukkan sedikit penceritaan atau pengalaman yang sudah berlaku pada anda. Sebab ia akan buatkan orang stick lebih lama sikit.

    **Itu sebab saya cerita pasal wife saya yang tergelak bila baca saya tulis atas tadi. Sebab ia buatkan orang lain akan rasa lebih berminat untuk beri focus

    Kelebihan lain, situasi ini juga kemungkinan besar dialami oleh orang lain juga. Perasan kan, orang yang tulis copy writing web jualan. Di perenggan pertama, punyai la kemain.

    Saya faham dengan apa yang awak rasa. Saya pun berada di tempat anda juga dahulu..

    Saya sendiri geli nak baca, tapi nak buat macam mana. Itu yang dah memang terbukti MENJADI.

    5. Untuk no 5, boleh kata berlaku sepanjang penulisan yang anda baca ni.

    Kalau salah satu point di atas. Saya ada cakap, jangan buat ayat yang terlalu panjang kan. Untuk point 5 ni pula. Jangan buat perenggan yang terlalu berlapis. 3 atau 4 lapisan ayat dalam 1 perenggan sudah cukup.

    Ini akan buatkan artikel anda lebih mudah di baca.

    Ok. Itu la lebih kurang. Sekarang pukul 9 46. Wife saya tengah duk wasap tu. Nanti lah saya balas. Saya nak habiskan sikit lagi.

    Bahagian yang seterusnya pula nak merujuk kepada Saudara Hanafi. Macam mana nak tulis artikel yang macam yang saya maksud kan…

    Pendek kata. Artikel istighfar Saudara Hanafi ni. Apa yang kita boleh buat supaya ia TAMPAK lebih berminat untuk suruh orang baca.

    Buatkan point subheading kepada yang maklumat yang lebih detail.

    Kita sudah ada tajuk besar kan. Untuk tajuk subheading jangan di copy pula tajuk besar tu untuk perenggan pertama. Nampak sangat nak kencing SEO. Dan tidak profesional. Sebaliknya buat kan ia tajuk kecil kepada maklumat yang lebih detail dalam artikel anda.

    Seperti contoh, tajuk besar saya “macam mana nak tulis artikel yang orang baca sampai habis” kan. Sub heading saya pula, adalah untuk perkara yang lebih detail. Iaitu 5 tindakan penerangan satu persatu yang anda sendiri boleh buat.

    Di susuli pula dengan bahagian yang kita baca sekarang. Saya buat bahagian khas focus untuk bantu artikel Saudara Hanafi.

    Sekarang saya cuba nak brainstorm sub heading yang Saudara Hanafi boleh guna

    Heading + SubHeading TANPA Bantuan Google

    Definisi Istighfar – Siapa Suruh?

    Awal awal cerita, mesti lah kongsi definisi nya sikit.

    Ganjaran Pahala Orang Yang Mengamalkan Istighfar 100x dalam sehari

    Macam berzikir, kan ada kadar kadar ganjarannya kalau ulang berkali kali. Dalam mathurat pun ada tulis, ganjaran setiap satu zikir dan munajat di dalam nya. Ini lah subtopik yang saya maksudkan di subheading yang ini. Kiranya kita kongsi kan ganjaran pahala kalau kita buat secara berkala.

    Nak Tahu Berapa Banyak Imam Ghazali Istighfar Sehari?

    Sejarah atau pengalaman memang buatkan orang tertarik. So selitkan nya juga di bahagian ini

    Sirah/Sejarah Khasiat Istighfar

    Bahagian ini pula, kita boleh kongsikan contoh contoh peristiwa kemenangan para sahabat yang mungkin berlaku bila menggunakan Istighfar.

    Rasanya dah cukup baik dah ni.

    Tapi, adalah lebih baik lagi, kalau kita jadikan Tajuk besar kita, dan tajuk subheading menggunakan keyword yang memang mendapat sambutan pencari yang tinggi di Google. Dengan ini, confirm lah artikel kita di BACA.

    Disclaimer – Saya janji, tak tipu tau, 4 points di atas. Adalah hasil brainstorming saya tanpa menggunakan Google.

    Dengan Google + Simple SEO Teknik

    Sepatutnya, subheading saya lepas ni akan jadi lebih baik. Bukan sahaja pecahannya lebih mudah difahami oleh Google. Malah kita pun sudah pasti, kalau dah majoriti pengguna menggunakan keyword yang hasil daripada Google suggest kan. Confirm memang ada traffik.

    Saya gunakan Mangools. Anda boleh gunakan Google Keyword Tools, tapi Mangools lebih tepat.

    PUKUL 10 16 pm. Saya stop sekejap buat artikel ni. Internet slow. Nanti saya sambung ya..

    Sekarang 3 53 pagi..Ok saya sambung…

    Heading + SubHeading Selepas Bantuan Google

    Ada dua cara. Satu saya terus paste perkataan ‘istighfar’ di Mangools.

    Kedua saya paste ayat istighfar di Google. Sebab kita nak tengok di bawah sekali, iaitu related keywords.



    Tinggalkan Komentar

    Silahkan berkomentar dengan sopan ya :-)